Nuffnang

Advertlets

Saturday, December 21, 2013

International Box Office Police Story 2013



Tarikh: 24 Dec 2013
Bahasa:Cantonese
Genre:Action
Masa: 110 minit
Director:Ding Sheng
Lakonan:Jackie Chan, Liu Ye


Sejarah Police Story




"Police Story 2013" akan mengisahkan seorang polis bernama Zhong Wen (Jackie Chan) yang memiliki anak perempuan bernama Miaomiao (Jing Tian). Miaomiao yang suka memberontak lari dari rumah dan hal ini membuat Zhong Wen harus mencarinya. 


Jackie Chan bersama Jing Tian hadir di Beijing International Film Festival Ke 3

Tiba-tiba keduanya terlibat dalam kejadian penculikan dalam sebuah club malam. Penculik adalah pemilik bar Wu Jiang (Liu Ye) menculik pengunjung kelab malam dan menjadikan mereka sebagai tebusan demi membebaskan seorang penjahat yang telah dipenjara selama bertahun-tahun. 



Aksi-aksi Jackie Chan

Banduan itu dibawa ke tempat kejadian jenayah, tetapi polis kini menghadapi krisis yang lebih besar, sebagai kes lama dibuka semula. Bagaimana kesudahannya. Sama-sama kita saksikan kesudahan cerita ini



Monday, December 16, 2013

Jom Pecah Panggung Cinderella




Tahun 2013

Bahasa Melayu

Negara Malaysia



Barisan Pelakon: Fizo Omar (Salman), Nelydia Senrose (Nurul), Kamal Adli (Ray), Fauziah Nawi (Mak Jah), Datuk Jalaludin Hassan (Datuk Mokhtar), Azizah Mahzan (Ainon), Azlan Komeng (Zamil), Erin Malek (Farah), Dayangku Faratiwan (Sheila), Sahrol Nizam (doktor)

Poster Filem

Sinopsis:

Nurul seorang gadis kampung berusia 22 tahun tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri Nurul melayan Nurul seperti orang gaji. Tiada langsung rasa belas kasihan. 

Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu. 

Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul.

Salman berusia lewat 20-an adalah anak kepada Datuk Mohktar, seorang tokoh korporat terkemuka. Datuk Mokhtar mempunyai syarikat pembinaan yang mendapat kontrak kerajaan. Salman anak tunggal Datuk Mokhtar yang akan mewarisi syarikat berkenaan. 

Salman yang belajar di luar negara dalam bidang perniagaan baru pulang ke Malaysia bagi proses mengambil alih syarikat bapanya kerana Datuk Mokhtar terpaksa bersara awal akibat serangan strok.

Datuk Mohktar dan Salman tinggal bersama-sama Mak Jah, orang gaji mereka. Datuk Mokhtar yang membesarkan Salman selepas kematian ibu Salman sewaktu Salman masih kecil.



Rakan Baik Salman dan Ray

Salman juga mempunyai seorang rakan baik, Ray. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu suka berfoya-foya dengan perempuan dahi licin dan ‘ramping’. Suatu malam, Zamil mencabul Nurul. Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. 

Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman. Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. 

Salman dan Nurul diberi dua pilihan sama ada di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung berkenaan. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan kedua


Pengarah  Filem Ahmad Idham


Jom Pecah Pangggung Support Filem Tempatan

Sunday, December 15, 2013

Jom Pecah Panggung:Tokan





Tahun 2013

Bahasa Melayu

Negara Malaysia

Barisan Pelakon

Zizan Razak, Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su, Liyana Jasmay, Wanna Ali

Sinopsis




Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua tokan di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. 


Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusf berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di kilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. 











Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Saturday, December 14, 2013

Jom Pecah Panggung:Kolumpo



Tahun 2013

Negara Malaysia

Bahasa Melayu




Barisan Pelakon

Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Soffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff. 

Genre Drama Comedy




Directed and Written By Bront Palarae, Sheikh Munasar and Rozi Izma Abdul Karim
Produced By Otto Films Sdn Bhd


SINOPSIS

Dari Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur. 














Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.



Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari. Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini. 





Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.



Credit To Kolumpothemovie

Thursday, December 12, 2013

Jom Pecah Panggung: Laki Laki





Tahun 2013

Tarikh Tayangan 19 Disember 2013

Negara Malaysia

Bahasa Melayu


Barisan Pelakon:Mie Raja Lawak, Adey Syafrien, Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Azrel Ismail

Pengarah: Ahmad Rusli Khadri

Sinopsis

5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. RAZAK, ABU, AZMAN, SAMAD dan JERRY mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. 


Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang yang bernama kawan baik. Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. 

Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat. Dan Jerry, seorang penyanyi rock yang telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. 
Menggabungkan kelima – lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu trategi terjadi dan mereka semua terdampar di sebuah pulau terpencil. Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing – masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

Jom Support Filem Tempat! Jom Pecah Panggung

Wednesday, December 11, 2013

Jom Pecah Panggung:Paku




Tahun 2013


Negara Malaysia


Bahasa Melayu



Pengarah: P Ramesh


Producer Company: Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd.


Categories: Feature Film


Genre: Horror


Duration : 88 Min


Release Date: 12 Dec 2013

Barisan Pelakon: Johan Asari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jasmin, Kamal Adli





Pelakon Utama




Sinopsis



Fahmi tidak dapat menerima kenyataan apabila kehilangan orang paling disayang dalam hidup, iaitu isterinya, Rania, yang mati selepas melahirkan anak sulung.


Kerana terlalu cinta dan merindui Rania, Fahmi sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya walaupun terpaksa menyekutukan Allah.

Fahmi berjaya mencari bomoh yang boleh menyeru kembali roh isterinya. Rania berjaya diseru dan menjadi manusia kembali selepas tengkuknya ditusuk paku. Fahmi benar-benar gembira dengan kehidupan barunya walaupun terpaksa mematuhi syarat yang bertentangan dengan Islam demi memastikan Rania dapat hidup bersamanya. Dengan perjanjian syaitan itu, Fahmi tidak dibenarkan menggantungkan ayat al-Quran, apatah lagi melaungkan azan di rumahnya.

Bagaimanapun, Rania tidak menjadi manusia sepanjang masa. Sebaliknya apabila tiba masa dia bertukar menjadi pontianak yang dahagakan darah. Bagi menghalang Rania daripada terus bermaharajalela, pawang dan bomoh dipanggil untuk menghapuskannya.

Sumber Rujukan: GSC Dan Cinema Malaysia



Hantu Masuk Panggung!

Thursday, December 5, 2013

Jom Pecah Panggung:Hantu Tok Mudim




Tahun 2013

Bahasa Melayu


Negara Malaysia


Sumber Harian Metro Serta showbizprods








Penangan cinta tiga segi

Ia mengisahkan Tok Mudim terhebat di Kampung Seri Menawan. Pun begitu, kehebatan beliau tercalar kerana pena­ngan cinta tiga segi antara pembantunya, Lebai Kulup, Salmah (dara pujaan) dan Borhan (anak manja Tok Penghulu Abohrudin) yang mempunyai rahsia peribadi. 



Bahkan, demi cinta­nya Borhan membuat keputusan mahu berdepan de­ngan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim dengan ditemani bapanya untuk operasi rahsia mereka. 


Bagaimanapun, Lebai Kulup yang selama ini tidak berpuas hati dengan Borhan mencuri dengar perbincangan rahsia itu dan merancang untuk mensabotaj operasi malam berkenaan.


Malam dinantikan tiba dan kehebatan Tok Mudim teruji dengan tingkah laku luar biasa Borhan. Justeru, kegagalan operasi malam itu mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. 


Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan dia jatuh ke dalam perigi. Apakah yang berlaku kepada Tok Mudim? Apakah dia masih hidup atau sebaliknya?

Oleh itu, bermulalah tragedi ngeri yang menghantui penduduk Kampung Seri Menawan apabila hantu Tok Mudim tiba-tiba muncul untuk membalas dendam. Apakah sebenarnya yang berlaku.







Jom Support Filem Tempatan