Nuffnang

Advertlets

Tuesday, November 26, 2013

Jom Pecah Panggung: Ular





Tahun 2013

Bahasa Melayu

Negara Malaysia

Credit to cinemamalay


Sinopsis:

Myra, adalah wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan untuk membuat liputan tentang pelancaran pusat percutian impian di sebuah resort yang baru dibuka. Dia yang ditemani jurukameranya Remy, menyedari ada sejarah hitam yang disembunyikan oleh pemilik resort tersebut apabila satu persatu pengunjung yang memenangi hadiah percutian ke pulau itu hilang.


Aziz, pemilik resort yang juga merupakan bekas banduan dan isterinya, Rohani terpaksa membuka resort tersebut kerana tekanan kewangan walaupun tahu tentang masalah habitat asal yang mengganas di situ. Sebagai langkah penyelesaian sementara, satu rangkaian pagar elektrik telah dibina mengelilingi bangunan resort bagi mengasingkan haiwan pemangsa pulau itu dari mengganggu manusia. 




Walaubagaimanapun, diatas kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy; pagar elektrik tersebut telah dipadamkan menjadikan keadaan huru-hara apabila ribuan ular yang kelaparan keluar membaham mangsa. "Ular" sebuah filem aksi 'creature feature' yang menggambarkan sifat semula jadi manusia apabila berdepan dengan situasi hidup atau mati.


Release Date: 05 Dec 2013
Director: Jason Chong
Producer Company: Showbiz Productions Sdn. Bhd.
Genre: Horror

Monday, November 25, 2013

Jom Pecah Panggung: Hanyut





Tahun 2013

Bahasa Melayu


Negara Malaysia


Kredit to GSCcinemamalay


Info:Wikipedia



Sinopsis:


Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan


Barisan Pelakon



Saturday, November 23, 2013

Jom Pecah Panggung: Papadom 2


Tahun 2013


Bahasa Melayu


Negara Malaysia


Credit To CinemaMalaysia serta
Tayangan Unggul



Sinopsis 

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.



Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.



Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.



Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.



Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.



Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.



Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu.



Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu




Cast
Saadom (Main Actor/Actress)
Maisara (Main Actor/Actress)
Munirah (Main Actor/Actress)
Prof. Balqis (Main Actor/Actress)
Jay Rahman (Main Actor/Actress)
Fazz Fiuruz (Main Actor/Actress)
Shasha (Supporting Actor)
Yvonne (Supporting Actor)
Qib (Supporting Actor)
Alan Tan (Supporting Actor)
Ali (Supporting Actor)
Sheila (Supporting Actor)


Doktor (Supporting Actor)

Credit To CinemaMalaysia

Wednesday, November 20, 2013

Jom Pecah Panggung: Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang!



Tahun 2013
Negara Malaysia
Bahasa Melayu


Sinopsis:

Filem  ini mengisahkan Dadu(Shahrol), seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.




Tarikh Tayangan: 28 Nov 2013
Keluaran: Metrowealth
Pelakon: Shahrol,Ajak Shiro, Along Eyzendy, Mikail Andre, Zalif Sidek
Pengarah: Pierre Andre





Tuesday, November 19, 2013

Jom Pecah Panggung:Penanggal 2013



Penanggal

Tahun 2013

Negara Malaysia

Bahasa Melayu

- Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd dan Grand Brilliance
- Arahan: Ellie Suriaty
- Pelakon: Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Datuk Sharifah Aini
- Kos: RM2.1 juta
- Tarikh tayangan: Mulai 28 November 2013



Sinopsis Penanggal 




Penanggal mengisahkan mengenai Murni (lakonan Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (lakonan Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.


Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.



Pertemuannya dengan Anom Merah (lakonan Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (lakonan Azri Iskandar).


Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (lakonan Yus Waisar).



Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (lakonan Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (lakonan Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni.